Ulama boleh tegur kerajaan selagi ikhlas dan terhormat
KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima sebarang teguran daripada golongan ulama selagi ia dibuat dengan ikhlas dan terhormat.
Perdana Menteri berkata, sebagai mengiktiraf perbezaan pendapat, kerajaan sedia mendengar teguran selagi ia tidak dibuat dengan mencerca, memfitnah dan menghukum.
“Ulama boleh tegur dengan baik, mendampingi supaya dapat diperbaiki (kesalahan) dan itu yang saya tekankan kepada ulama.
“Bukan dengan cara menfitnah dan mencerca dan di pihak kepimpinan pula bila dengan ulama perlu juga berani menegur dengan baik.
Anwar berkata, Islam sebagai agama universal tidak boleh ditegakkan dengan kekerasan, memfitnah atau menghukum sebaliknya perlu diyakini dengan ilmu.
Beliau berkata, kerajaan harus bersedia untuk mendengar teguran itu sebagaimana yang dianjurkan dua ulama terkenal iaitu Prof Dr Ali Jum’ah dan Habib Umar Hafidz yang menekankan agar teguran perlu dibuat secara baik dan terhormat.
Dr Ali, bekas Mufti Agung Mesir dan Pengasas Darul Musthafa Habib Umar dari Yaman merupakan tetamu khas bagi acara Muzakarah Ulama-Umara anjuran kerajaan Selangor hari ini yang menghimpunkan para pemimpin negara dan ulama dalam sebuah pertemuan yang amat jarang berlaku.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








