Rogol berkumpulan: Tiga ditahan seorang masih diburu
JOHOR BAHRU – Tiga lelaki ditahan manakala seorang lagi masih diburu polis bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada 14 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan, tiga lelaki berusia antara 24 hingga 30 tahun itu ditahan di kawasan Ulu Tiram di sini, antara jam 3.30 pagi hingga jam 6 pagi, semalam.
Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dua daripada tiga suspek yang ditahan positif methamphetamine dan hasil semakan juga mendapati dua mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.
Tambahnya, polis turut merampas dua telefon bimbit, dua keratan kain permukaan tilam yang terdapat kesan tompokan disyaki darah dan sehelai kain cadar bercorak warna kelabu yang terdapat kesan disyaki air mani.
Terdahulu, Mohd Sohaimi berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dibuat remaja warga tempatan itu pada jam 3.19 pagi tadi.
“Mangsa mendakwa dirinya dirogol empat lelaki warga tempatan secara bergilir-gilir di sebuah rumah di kawasan Ulu Tiram antara jam 1 pagi hingga 3 pagi, 14 Mei lalu.”
“Bertindak atas maklumat, kita menahan tiga lelaki terbabit manakala seorang lagi yang masih bebas sedang dikesan,” katanya.
“Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Ahad depan.
“Kita juga sedang mengesan seorang lagi suspek iaitu Muhammad Fikeri Mohd Sohas berusia 27 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Addie Remie Jasmin di talian 013-8636343 atau 07-3864222.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








