GrabBenefits: Grab Malaysia labur lebih RM10 juta
KUALA LUMPUR – Grab Malaysia melabur lebih RM10 juta bagi melaksanakan pembaharuan penting ke atas program GrabBenefits untuk mengukuhkan komitmen terhadap kebajikan rakan pemandu dan rakan penghantarnya.
Syarikat berkenaan berkata, program yang dipertingkatkan itu berkembang daripada tiga kepada lima tonggak, sekali gus mewujudkan sistem sokongan yang lebih holistik dan bersepadu.
Pengarah Urusannya Adelene Foo berkata, pihaknya mengesahkan semula komitmen terhadap kebajikan rakan pemandu dan rakan penghantar melalui pembaharuan program GrabBenefits berkenaan.
Katanya, perubahan itu bertujuan untuk menggabungkan semua inisiatif di bawah satu pengurusan. Sehubungan itu, syarikat akan melabur lebih daripada RM10 juta tahun ini untuk program berkenaan.
“GrabBenefits adalah program yang bertujuan memastikan kebajikan rakan-pemandu dan rakan-penghantar kami ketika mereka bekerja untuk menjana pendapatan di Grab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara perubahan utama bagi program GrabBenefits merangkumi insurans, perlindungan takaful dan sosial, “Daily Deals”, akademi, penyelesaian kewangan gig serta komuniti.
Selain itu, antara inisiatif utama bagi program itu pada 2025 adalah kesinambungan fasilitasi dan penajaan separa Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Gig Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Inisiatif lain juga termasuk peluang peningkatan kemahiran melalui kerjasama dengan badan kerajaan dan institusi pendidikan, pengubahsuaian ‘Grab Driver Centres’ untuk menjadi hab latihan dan komuniti serta sokongan khusus untuk Rakan Grab wanita dan orang kurang upaya,” katanya.
Syarikat itu berkata, faedah yang dipertingkatkan itu dirangka berdasarkan maklum balas yang dikumpulkan daripada rakan pemandu dan rakan penghantar Grab.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








