JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM tahan wartawan portal, bantu siasatan kes rasuah

SHAH ALAM – Seorang wartawan sebuah portal tempatan difahamkan ditahan bagi membantu siasatan satu kes rasuah, malam tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan dibuat di sebuah hotel di Shah Alam kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Penahanan dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai laporan berita pendedahan isu pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Dipercayai wartawan berkenaan meminta sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja asing warga Pakistan sejumlah RM20,000 untuk tidak mengeluarkan artikel berhubung isu penyeludupan PATI,” katanya..

Difahamkan, wartawan lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk proses reman.

Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button