2 rakyat Malaysia pulang dari Guantanamo Bay akan jalani program pemulihan
PUTRAJAYA – Sebuah pelan integrasi yang komprehensif akan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan dua warganegara Malaysia yang kembali dari Kem Tahanan Guantanamo Bay.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelan itu dirancang untuk memastikan pemulihan yang menyeluruh dan membolehkan individu berintegrasi semula ke dalam masyarakat.
“Program ini disusun secara terperinci melalui tiga fasa utama yang setiap satunya menitikberatkan keseimbangan antara pemulihan individu dan keharmonian sosial.
“Sebagai pelengkap kepada pelan ini, mekanisme pemantauan rapi turut dirangka untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu katanya, PDRM akan melaksanakan pemantauan berterusan, termasuk lawatan berkala bagi menilai kemajuan pemulihan serta memastikan kebajikan subjek terus terjaga.
Beliau berkata, pendekatan yang dilaksanakan itu bukan sahaja mencerminkan komitmen teguh kerajaan terhadap kesejahteraan semua warganegara tetapi juga menonjolkan nilai-nilai Malaysia Madani yang mengutamakan peluang kedua dan keadilan sosial.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep tiba di tanah air semalam dan akan menjalani proses pemulihan terlebih dahulu sebelum kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








