Jenayah & Mahkamah

Kes buli UPNM: Polis sudah rakam 13 keterangan individu

KUALA LUMPUR – Polis sudah merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan kes buli terbaharu di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, keterangan itu diambil bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

“Setakat ini, seramai 13 orang sudah diambil keterangan.

“Kita (polis) juga menunggu laporan perubatan yang masih belum diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Kelmarin, pihak polis sudah merakam keterangan pelatih tahun tiga di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras yang didakwa terlibat dalam kejadian tersebut.

Suspek didakwa melakukan buli ke atas seorang pelajar tahun satu pada 21 Oktober lalu dengan memijaknya hingga menyebabkan mangsa mengalami keretakan di tulang rusuk dan tulang belakangnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Show More

Related Articles

Back to top button