JENAYAH & MAHKAMAH

Kes bunuh Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM dihukum gantung

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Keputusan itu diputuskan panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

“Perbuatan Orang Kena Tuduh (OKT) satu hingga lima menekap seterika di seluruh bahagian badan si mati (Zulfarhan) termasuk di kemaluan menunjukkan mereka berniat jahat, zalim, tidak berperikemanusiaan dan tanpa ada rasa belas kasihan sesama rakan pengajian.

“Oleh itu, rayuan pendakwaraya atas tuduhan dibenarkan. Hukuman penjara 18 tahun terhadap OKT satu, dua, tiga, empat, lima dan enam diketepikan dan digantikan dengan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Selain itu, mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap 12 lagi bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhamad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa

Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut itu kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 selepas dipukul dan didera rakan-rakanya dengan cara menekap seterika wap meliputi 80 peratus badan mangsa kerana dituduh mencuri komputer riba.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button