‘Jangan jadi jaguh T15’ – PM Anwar
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang ‘dinasihatkan’ supaya tidak mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan golongan maha kaya berkaitan isu definisi subsidi bersasar untuk petroleum RON 95.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, langkah penyasaran subsidi petrol itu perlu, memandangkan kerajaan kini telah membelanjakan RM20 bilion dalam perbelanjaan subsidi setahun.
Malah, langkah itu juga sebagai usaha supaya bahan api itu hanya digunakan rakyat dan bukan golongan mahakaya serta warga asing di negara ini.
“Yang penting disini diketahui ialah bahawa, subsidi tidak membebankan 85 peratus rakyat.
“Jadi sepatutnya kita janganlah jadi jaguh T15, seperti mana banyak yang disuarakan pembangkang,” kata Anwar di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri terdahulu menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai definisi T15 dalam soal subsidi bersasar untuk petrol RON95 seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025 dan mekanisme yang akan digunakan berkaitan pelaksanaan cukai dividen dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 bagi pemegang saham individu.
Anwar seterusnya berkata, prinsip penyasaran subsidi harus jelas dan terpaksa dikekalkan kerana kerajaan menanggung sekitar RM20 Billion setahun
“Soalnya sekarang ialah apakah munasabah kerajaan meneruskan subsidi kepada bukan warganegara dan golongan teratas termasuk maha kaya,” kata Anwar lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














