BERITA SEMASA

PM jumpa Elon Musk esok

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk esok.

“Ya, hari jumaat, jumpa (Elon Musk) esok,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai pertemuan berkenaan.

Beliau ditemui pada Program Cakna Madani Perdana Menteri Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan akan bertemu dengan Musk bagi membincangkan mengenai pelaburan yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Ia susulan pada 1 Mac lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannya meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport kenderaan bateri elektrik (BEV) ke Malaysia.

Beliau berkata, Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan pusat servisnya dan mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

Pada masa ini, pusat servis rasmi Tesla yang terdekat terletak di Singapura dan pemilik daripada program pajakan Greentech sudah menghantar kenderaan mereka ke Hong Kong untuk kerja-kerja utama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button