BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tiga suspek pengedar bersama 5 kg ganja, lebih 2,000 pil Yaba ditahan

KOTA BHARU – Penahanan tiga lelaki tempatan dalam sekatan jalan raya di Chabang Empat Salam, Rantau Panjang dekat sini membawa kepada penemuan lima kilogram (kg) ganja dan 2,000 bijil pil Yaba.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan berkata, kesemua suspek yang ditahan itu berusia lingkungan 22 hingga 27 tahun.

Katanya, tiga individu yang ditahan menaiki kereta jenis Ford Fiesta itu ditahan bersama lima kg ganja yang dianggarkan bernilai RM15,500 yang disorok di dalam but kenderaan.

“Hasil siasatan lanjut, pasukan PGA bertindak menyerbu sebuah rumah di Kampung Jeram Perdah kira-kira pukul 4 pagi dan menemukan lebih 2,000 biji pil Yaba bernilai RM30,000 yang disembunyikan di luar rumah.

“Polis turut merampas kereta dinaiki suspek, lima unit telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM600,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif pengambilan ganja.

“Bekalan dadah itu dipercayai diambil dari sempadan

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 15(1) dan Seksyen 7 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya,” katanya

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button