BERITA SEMASA

15 rumah terbakar, dua cedera di Miri

MIRI – Sebanyak 15 buah rumah jenis tidak kekal yang dihuni 65 penghuni musnah dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Pujut Corner berdekatan Gereja St Anthony di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan sekitar jam 2.33 petang.

Komander Operasi memaklumkan 12 daripada rumah itu musnah sepenuhnya, dua rumah musnah 50 peratus manakala sebuah rumah hanya terbakar 5 peratus.

Dalam kejadian itu juga, seorang lelaki warga emas melecur di paha dan belakang badan manakala seorang wanita pula cedera di kaki kanan selepas terjatuh ketika menyelamatkan diri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button