Bisnes & Ekonomi

Kerajaan cadang pelepasan cukai sehingga RM7,000 untuk pemilikan rumah pertama

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk memberikan pelepasan cukai sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan bagi menggalakkan rakyat memiliki rumah pertama..

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan cukai tersebut akan diberikan untuk rumah kediaman yang berharga sehingga RM500,000, sebagai langkah membantu rakyat memiliki rumah pada harga mampu milik.

“Bagi rumah kediaman yang berharga antara RM500,000 hingga RM750,000, pelepasan cukai sehingga RM5,000 akan diberikan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pelepasan cukai itu boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut, dengan syarat perjanjian jual beli disempurnakan antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027, katanya lagi.

Langkah itu dijangka meringankan beban pembeli rumah pertama dan meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button