AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBISNES & EKONOMI

Belanjawan 2025: Kerajaan peruntuk RM1 bilion untuk program Sejati Madani

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyalurkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1 bilion bagi melaksanakan Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) sebagai langkah memperkukuhkan pembangunan komuniti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata usaha Sejati Madani akan diperkasakan melalui kerjasama yang lebih luas, termasuk penglibatan pengurusan tertinggi jabatan yang akan mengetuai inisiatif Kampung Angkat Madani.

Selain itu, universiti dan institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) juga akan dilibatkan untuk memberi khidmat kepada masyarakat di peringkat komuniti.

“Sebanyak RM600 juta daripada peruntukan RM1 bilion itu akan digunakan bagi merancakkan ekonomi di kawasan pedesaan, termasuk kampung, bandar, kawasan pedalaman, dan perkampungan Orang Asli,” kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button