BERITA SEMASADALAM NEGERI

KPT anjur jerayawara tingkat kecekapan pengurusan data

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam menganjurkan Majlis Peluncuran dan Jerayawara Polisi Pengintegrasian dan Tadbir Urus Data Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kerangka Kerja Pengintegrasian Data KPT.

Program yang bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan dan penggunaan data dalam sektor pendidikan itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Ir, Dr. Zaini Ujang.

Dr. Zaini Ujang berucap pada perasmian Jerayawara Polisi Pengintegrasian dan Tadbir Urus Data Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Penyelidikan), Prof. Dr. Zainal Amin Ayub; Pegawai-pegawai Kanan KPT; Ketua Pengarah Jabatan Persekutuan; Timbalan Naib Canselor; Ketua Pegawai Digital (CDO) dan Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti.

Dr Zaini berkata, KPT tidak ketinggalan dalam mengangkat agenda pendigitalan kerajaan yang seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya, penganjuran jerayawara itu bertepatan dengan polisi menyediakan satu kerangka kepada organisasi bagi memastikan tadbir urus, modal insan dan teknologi dapat menyokong pengintegrasian data selaras dengan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Bilangan 1 Tahun 2024.

“Saya berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan sesi jerayawara ini dengan sebaik-baiknya dan membawa pulang ilmu untuk dilaksanakan serta idea yang dapat diterapkan dalam tugas harian,” tambah beliau.

Sebahagian daripada peserta yang hadir pada Jerayawara Polisi Pengintegrasian dan Tadbir Urus Data Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button