Pemuda maki hamun polis dihadapkan ke mahkamah hari ini
GEORGE TOWN – Gara-gara memaki hamun seorang anggota polis yang sedang bertugas, seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Goh Weng Keong, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di depan Majistret, Nadratun Naim.
Dia dituduh mengaibkan kehormatan Koperal Nik Muhammad Faizal Nik Long, 40, dengan maksud supaya perkataan itu didengari serta mengganggu kesantunan.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 2 Oktober lalu terhadap Muhammad Faizal di hadapan perhentian bas Jalan Thean Teik, Ayer Hitam pada pukul 6.45 petang.
Melalui video yang tular di dalam video Telegram sejak semalam, pemuda berkenaan dilihat mengeluarkan kata-kata cacian terhadap polis yang ingin menyamannya.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tmabahan tidak mengganggu mana-mana saksi.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 November ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








