BERITA SEMASA

Dua buah sungai di Kubang Pasu, Gurun lepasi tahap bahaya

Enam sungai lagi lepasi tahap amaran

ALOR SETAR – Dua buah sungai, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu dan Sungai Gurun di Kampung Perupok di daerah Yan, sudah melepasi tahap bahaya.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat pukul 8 pagi tadi, Sungai Laka mencatatkan paras 22.77 meter (m) melebihi tahap bahaya 21.6m, manakala Sungai Gurun pula 3.8m berbanding tahap bahaya 3.5m.

Trend air sungai itu terus menaik berikutan hujan lebat sejak semalam.

Sementara itu, enam buah sungai di tiga daerah lain pula sudah melepasi tahap amaran.

Lima sungai, iaitu Sungai Sari di Kilang Gula dan Sungai Perik di daerah Padang Terap, manakala Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jabatan TAR di daerah Kota Setar, serta Sungai Bata dan Sungai Badak di Kubang Pasu pula mencatatkan aras air melebihi tahap amaran.

Kesemua sungai terbabit turut menunjukkan trend air menaik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button