Berita Semasa

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia

BANGI – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya Ahmad Qusyairi menerusi hantaran di Facebook yang menyatakan bapanya meninggal dunia pada pukul 5.42 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca Allahyarham meninggal dunia.

“Abah pergi di bulan Ramadan yang penuh mulia. Dimaklumkan bahawa ayah saya Datuk Ahmad Zaini Japar telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.42 pagi di PPUM Kuala Lumpur.

Show More

Related Articles

Back to top button