MCMC kuat kuasa undang-undang kandungan terlarang dalam SMS bermula hari ini
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan arahan larangan terhadap kandungan terlarang dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berkuatkuasa hari ini.
Langkah ini (ITU) diambil bagi melindungi pengguna daripada penipuan yang sering dilakukan melalui SMS.
Menurut MCMC, antara kandungan yang dilarang termasuk pautan (hyperlink), permintaan maklumat peribadi, serta nombor telefon untuk dihubungi (callback number).
“Penjenayah sering menyalahgunakan perkhidmatan SMS dengan menyamar sebagai entiti berwibawa, sama ada dari sektor awam mahupun swasta untuk memperdaya orang ramai.
“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati jika menerima SMS yang mengandungi elemen-elemen tersebut.
“SMS yang mengandungi kandungan sebegini dianggap berisiko tinggi dan berpotensi besar untuk menjadi satu bentuk penipuan,” menurut kenyataan itu.
MCMC turut menasihatkan orang ramai yang menerima SMS mencurigakan supaya membuat aduan melalui laman sesawang aduan.mcmc.gov.my.
Mereka perlu menyertakan maklumat seperti nombor telefon atau kod ringkas penghantar, nombor telefon penerima, lokasi penerimaan, serta tangkapan skrin SMS yang diterima.
Selain itu MCMC juga mengingatkan pengguna agar berwaspada terhadap mesej serupa yang dihantar melalui platform komunikasi lain seperti Google RCS, Apple iMessage, WhatsApp, dan Telegram.
Mesej yang mencurigakan boleh dilaporkan kepada penyedia platform terlibat atau terus kepada MCMC untuk tindakan lanjut.
-
Untuk maklumat lanjut, hubungi MCMC di talian 03-8688 8000 atau emel scd@mcmc.gov.my.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








