2 anggota polis cedera parah, tertimbus ketika musnahkan bom
KLUANG – Dua anggota polis cedera parah selepas tertimbus ketika menjalankan tugas memusnahkan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang tadi, dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan kecemasan, lapor BH Online.
Dua anggota daripada Unit Pemusnah Bom yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary.
Kedua-dua mangsa dipercayai cedera parah pada beberapa anggota badan.
Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M Kumar, mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh terbabit tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
“Saya belum mempunyai butiran lanjut mengenai tahap kecederaan, tetapi saya boleh mengesahkan anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu dikejarkan ke hospital,” katanya memetik laporan itu.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehadiran ambulans ke kawasan perumahan berkenaan hingga mengundang pertanyaan penduduk setempat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







