Sukan

Nur Afrina ratu pecut Sukma 2024, pecah rekod temasya

KUCHING – Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 selepas memenangi acara 100 meter wanita akhir, petang tadi.

Turun selaku pilihan, Nur Afrina yang mewakili negeri Selangor menepati ramalan untuk merangkul pingat emas bagi acara berkenaan.

Lebih manis, atlet berusia 19 tahun itu juga turut memecahkan rekod temasya menerusi catatan masa 11:64 saat.

Ditanya mengenai sasarannya selepas ini, Nur Afrina berkata, dia menyasarkan Sukan Sea Thailand serta Kejohanan Univeristi Dunia pada tahun hadapan.

“Tahun depan mungkin ada kejohanan lebih besar yang mana saya mensasarkan Sukan Sea Thailand dan Kejohanan Univeristi Dunia,” katanya selepas menamatkan larian.

Nur Afrina telah memperbaiki rekod dicipta Siti Fatimah dari Johor yang membuat 11.82 saat ketika edisi 2008 di Terengganu.

Dalam pada itu, pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad merangkul pingat perak dengan catatan masa 11.90s.

Wakil tuan rumah, Ormilla Octavia Codday terpaksa berpuas hati dengan meraih gangsa menerusi catatan 12.19s.

Show More

Related Articles

Back to top button