JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek kes bunuh, bakar tiga sekeluarga berjaya ditahan

Dijangka akan direman pagi ini

KUALA LUMPUR – Suspek utama kes bunuh dan bakar tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, Jumaat lalu, berjaya ditahan awal pagi tadi dan dijangka akan direman pagi ini.

Difahamkan, suspek berjaya ditahan di Wangsa Maju, dan kini sedang dibawa pulang ke Muar.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi tersebut, mangsa yang terkorban ialah warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82: isterinya, Ara Abd Hamid, 76: dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.

Lporan BH Online menyebut, penahanan suspek berusia 48 tahun itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz.

“Suspek ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman hari ini,” katanya.

Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung penangkapan suspek dalam masa terdekat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button