Berita Semasa

KUSKOP salur RM650,00 bantuan mangsa banjir di Penampang

PENAMPANG – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan bantuan ehsan sejumlah RM650,200 kepada para pelajar dan penjaja di kawasan Penampang yang terjejas teruk akibat banjir pada hujung Jun lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM497,700 disalurkan kepada 19 buah sekolah rendah dan menengah, melibatkan 1,659 pelajar penerima.

“Manakala, sejumlah RM152,500 disalurkan kepada seramai 268 penjaja daripada Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Daerah Penampang, Persatuan Peniaga Tamu Donggongon, dan usahawan TEKUN Nasional Penampang,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan melalui Program Ehsan@KUSKOP di sini hari ini.

Agensi-agensi yang terlibat dalam Program Ehsan@KUSKOP termasuk SME Corp. Malaysia, SME Bank, TEKUN Nasional, Pernas, Bank Rakyat, Coop Bank Pertama, Angkasa, dan Yayasan Bank Rakyat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Zamri Salleh, Presiden Majlis Perbandaran Penampang, Francis Chong, pengerusi-pengerusi agensi, ketua-ketua pegawai eksekutif, PPD Penampang, pengetua, guru besar dan para pelajar.

Show More

Related Articles

Back to top button