Berita Semasa

Courtyard by Marriott Hotel agih bubur lambuk percuma secara pandu lalu

SHAH ALAM – Courtyard by Marriott Hotel Setia Alam dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Grab Malaysia menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengagihkan 350 pek bubur lambuk percuma kepada pemandu e-hailing secara pandu lalu di sini, hari ini.

Menurut Pengurus Hotel Courtyard by Marriott, Derrick Felix, program CSR yang dijalankan pada hari ini adalah bertujuan bagi menghargai pemandu e-hailing  yang menjalankan kerja mereka pada Ramadan ini.

Perkara yang menjadi keutamaan kita adalah untuk memberi kepada orang dekat sini. Sebab itu hari ini kita panggil Grab untuk tunjukkan dedikasi kita bagi menghargai apa yang pekerja e-hailing ini lakukan.

“Kita berkerjasama dengan Jawatankuasa Perwakilan Grab Malaysia bagi CSR hari ini dan apa yang kami lakukan kita bungkus bubur lambuk bersama dengan tenaga kerja hotel dan untuk hari ini kita agihkan 350 pek bubur lambuk di lobi hotel,” katanya ketika ditemui Malaysia Tribune di lobi hotel berkenaan hari ini.

Tambahnya, program yang dijalankan pada hari ini juga mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada pemandu-pemandu e-hailing yang kebanyakkannya dari sekitar Pusat Beli Belah Setia City.

“Sambutan menggalakkan sebab kita baru lagi, kita nampak ada sambutan tetapi sebab kita dekat pusat beli belah, jadi sambutan menggalakkan,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, wakil Ahli Jawatankuasa Perwakilan Grab Malaysia, Siti Fatimah Badrun, berkata, program sedemikian perlu diteruskan bagi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan di bulan Ramadan ini.

“Program hari ini sangat lancar. Program ini sangat bagus untuk diteruskan untuk mengeratkan lagi silaturahim lagi-lagi di bulan puasa ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, hotel berkenaan juga ada menawarkan bufet Ramadan kepada orang ramai dengan lebih 150 hingga 200 jenis makanan disajikan setiap hari.

Bufet dengan sentuhan hebat chef eksekutif hotel itu, Arfizan Ab Rahim membawakan gabungan citarasa bertemakan ‘Nusantara’ Malaysia, Indonesia.

Menurut Arfizan, antara menu istimewa yang ditawarkan adalah Kambing Bakar Bumbu Brisket Rendang, Nasi Kuning, Nasi Jagung Madura, sambal goreng Jawa.

Tawaran bufet Ramadan ini berharga RM118 seorang.

 

Show More

Related Articles

Back to top button