Agama

RUU Mufti WP: Raja Perlis tidak berkenan nama Majlis Raja-raja digunakan

KUALA LUMPUR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail tidak berkenan nama Majlis Raja-raja digunakan dalam usaha menyokong Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024

Titah baginda disampaikan oleh Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menerusi satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

“Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail menitahkan saya memaklumkan bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan,” tulis Mohd Asri.

Pada 2 Julai lalu, rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menerusi rang undang-undang itu, ia juga memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.

Show More

Related Articles

Back to top button