Takut tinggal bersendirian ‘punca’ pelajar IPT ditahan bersekedudukan
IPOH – Takut tinggal bersendirian selepas rakan-rakan serumah pulang ke kampung menjadi ‘punca’ seorang pelajar perempuan menumpang apartment kawan lelakinya di Meru Raya di sini.
Itu penjelasan yang diberikan pelajar perempuan berusia 20 tahun dalam serbuan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pukul 11.20 pagi semalam.
Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, siasatan mendapati pasangan dari institusi pengajian tinggi (IPT) yang sama itu telah tinggal di kediaman berkenaan sejak seminggu lalu.
Beliau berkata, pelajar perempuan dan pelajar lelaki berusia 22 tahun itu telah dibawa ke Pejabat Penguat kuasa JAIPk bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 54(1) dan (2) Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.
Katanya, kedua-duanya pelajar yang berasal dari Pahang dan Kuala Lumpur itu ditahan dan dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan JAIPk dan sudah dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa.
“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 54 (1) & (2), Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.
“Pasangan remaja dinasihatkan agar menjaga tingkah laku dan batas pergaulan.
“Masyarakat setempat juga diharap dapat memainkan peranan serta membudayakan amar makruf nahi mungkar dalam mengekang pelakuan maksiat dalam kalangan umat Islam,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








