BERITA SEMASASUKAN

Naib Presiden FAM umum letak jawatan

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Shahril Mokhtar meletakkan jawatannya dalam badan tersebut serta-merta.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor FC itu mengumumkan keputusan beliau selepas menghantar surat peletakan jawatan pada hari ini.

Walau bagaimanapun sebab beliau memutuskan keputusan tersebut masih belum diketahui lagi.

Sementara itu, beliau terlibat secara aktif dalam kepimpinan bola sepak negara, Shahril turut memainkan peranan penting dalam membela nasib pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, yang menjadi mangsa serangan asid bulan lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj murka dan berdukacita terhadap keputusan Malaysian Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung hukuman ketidakhadiran Selangor FC ke perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button