Berita Semasa

Warga asing serbu daging korban: Tiada isu penduduk tempatan, asnaf tertinggal – Masjid

SEPANG – Sebuah masjid di Dengkil di sini menafikan meminggirkan penduduk kariah setempat dengan didakwa mendahulukan warga asing dalam pemberian daging korban, kelmarin.

Menurut jurucakap Masjid Al-Ilmi, Azwan Muhammad, pembahagian daging korban kepada warga asing itu diberikan selepas bahagian ahli kariah, asnaf dan peserta korban telah diselesaikan.

“Jadi viral isu pembahagian daging korban pada saudara sesama Islam dari Dhaka ini. Ramai yang bagi komen, warga tempatan ramai tak dapat, warga asing didahulukan.

“Meh sini nak bagi perbetul, yang komen itu semua bukan orang tempatan, entah dari kariah mana, lepas itu sedap mulut siap jatuhkan hukum lagi.

“Kami ini tak adalah jahil sangat dan jadi amalan kami setiap tahun untuk bahagikan daging korban ini kepada tiga bahagian iaiuu ahli kariah, asnaf (fakir dan miskin) serta peserta korban.

“Ini wajib sebelum pembahagian daging kami lakukan. Untuk video ini, pembahagian kepada saudara dari Dhaka ini dibuat setelah lebih separuh kupon yang kami edarkan telah dituntut,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Malah katanya, sehingga semuanya selesai, masih terdapat lebihan daging korban lagi dan pihak masjid memutuskan untuk diedarkan pula ke surau-surau terdekat.

“Tiada isu penduduk tempatan tertinggal, asnaf tak dapat. Mohon yang komen macam tu, delete la balik, kerana ia fitnah. Moga Allah pelihara kita semua,” tulisnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button