BERITA SEMASA

Lembu terlepas di LDP disahkan dari surau berhampiran

PETALING JAYA – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Petaling Jaya mengesahkan dua lembu yang terlepas di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) sehingga menyebabkan kemalangan semalam, terlepas dari kawasan surau berhampiran.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, berkata, lembu itu terlepas dari kawasan surau berhampiran dan masuk ke kawasan LDP berhampiran Paradigm Mall menghala ke Puchong.

“Siasatan awal mendapati insiden itu menyebabkan kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi. Namun, nahas tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada pemandu kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ni.

Semalam, tular satu video memaparkan dua lembu terlepas hingga menyebabkan kemalangan dalam kejadian 5.30 petang.

Dalam pada itu, Shahrulnizam memohon individu yang merakam insiden berkenaan tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Petaling Jaya atau menghubungi Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704.

Kes disiasat mengikut Rule 33(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Polis mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam serta memohon semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak kemalangan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button