BERITA SEMASA

PM sampaikan sumbangan kepada Azman Adnan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan semalam.

Menurut Perdana Menteri dalam satu kenyataan, bantuan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi.

“Farhan meneruskan rutin Ziarah Madani bagi pihak saya dengan bertemu bekas pemain bola sepak kebangsaan, saudara Azman Adnan semalam.

“Bekas penyerang sensasi Selangor kini menderita sakit tulang kaki sehingga memerlukan rawatan fisioterapi berkala selain beberapa masalah kesihatan lain yang menyukarkannya melakukan kerja-kerja berat dan terputus sumber pendapatan,” katanya dalam laman media sosialnya.

Sementara itu, Perdana Menteri juga mendoakan supaya Azman cepat sembuh.

“Farhan Fauzi turut menyampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan beliau. Semoga saudara Azman cepat sembuh, insya-Allah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button