SUKANBERITA SEMASA

Kelayakan Piala Dunia: Palestin cipta sejarah layak ke Piala Asia lebih awal

DOHA – Pasukan bola sepak Palestin mencipta sejarah dalam arena bola sepak antarabangsa apabila berjaya menempah tempat ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia buat kali pertama selepas seri tanpa jaringan menentang Lubnan di sini.

Meskipun berhadapan dengan situasi yang sukar dan konflik yang berlarutan di Gaza akibat serangan pengganas Zionis, pasukan Palestin tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Usaha gigih mereka berbaloi apabila berjaya melangkah ke peringkat kalah mati Piala Asia untuk kali pertama, mencatat satu lagi pencapaian besar dalam sejarah bola sepak negara tersebut.

Terdahulu, dalam perlawanan penentuan kelayakan Piala Dunia, Palestin hanya memerlukan satu mata daripada aksi menentang Lubnan untuk mara dari kumpulan I.

Mereka berjaya mencapai sasaran itu walaupun berdepan dengan tentangan hebat dari pasukan lawan yang menandakan satu pencapaian yang luar biasa.

Kejayaan tersebut menjadikan Palestin mencatat sejarah layak ke Piala Asia buat kali keempat berturut-turut.

Kejohanan Piala Asia akan datang bakal dianjurkan di Arab Saudi pada tahun 2027, Palestin kini bersedia untuk mengharungi cabaran baru di pentas yang lebih besar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button