LUAR NEGARA

Ahli Parlimen Belanda dilarang pakai baju bendera Palestin, kembali dengan simbol tembikai

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Belanda, Esther Ouwehand mencuri perhatian apabila beliau menukar pakaian bergambar bendera Palestin kepada baju bercorak biji tembikai selepas ditegur ketika berucap dalam sidang Parlimen negara itu.

Menurut laporan antarabangsa, Esther yang juga Ketua Parti Perlindungan Haiwan (PvdD) pada mulanya mengenakan kemeja menyerupai warna bendera Palestin ketika perbahasan berlangsung.

Namun beliau diminta menukar pakaiannya kerana dianggap tidak sesuai dengan aturan Parlimen.

Sebagai respons, beliau kembali ke dewan dengan baju lain yang memaparkan corak biji tembikai iaitu simbol yang sejak sekian lama digunakan sebagai lambang solidariti terhadap Palestin, khususnya selepas rejim Zionis melarang pengibaran bendera Palestin.

Peristiwa itu turut dikongsi oleh pendakwah dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menerusi media sosial.

Beliau menyifatkan tindakan Esther sebagai isyarat jelas bahawa simbol solidariti untuk Palestin tidak mampu dipadam walaupun cuba disekat.

PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan kini berada di atas kapal bersama ratusan aktivis antarabangsa lain sebagai salah seorang peserta Global Sumud Flotilla.

Misi tersebut belayar ke Gaza membawa bantuan kemanusiaan bagi menembusi sekatan Israel serta mengangkat mesej kebebasan buat rakyat Palestin.

Simbol tembikai itu sendiri telah lama menjadi ikon perjuangan, kerana warnanya menyerupai bendera Palestin iaitu merah, hijau, hitam dan putih sekaligus menjadi alternatif untuk menzahirkan sokongan ketika bendera Palestin diharamkan di sesetengah tempat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button