BERITA SEMASA

Lelaki maut kereta dihempap lori simen

SARATOK – Seorang lelaki maut setelah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori simen berdekatan Kampung Melayu Roban, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.00 tengah hari itu, mangsa, Hazman Wahab, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan dipandunya remuk dipercayai dihempap lori berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok diarahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Sampai di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mangsa yang memandu Kenderaan Jenis Perodua Axia tersepit dalam kenderaan yang remuk.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mangsa disahkan maut oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi, manakala pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakkan lanjut.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button