Manual Saliran Mesra Alam akan ditambah baik – TPM
PUTRAJAYA – Kerajaan akan menambah baik Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) bagi meningkatkan lagi kecekapan dalam pengurusan saliran hujan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof berkata, dokumen terbabit penting sebagai prasyarat untuk kelulusan pelan pembangunan membabitkan infrastruktur saliran menjadi fokus utama dalam menangani masalah banjir.
“MSMA adalah satu dokumen hidup, sentiasa diperbaharui mengikut keadaan semasa.
“Antara yang kita kena lihat juga bagaimana kita nak memperkenalkan teknologi bersesuaian untuk kita pantau supaya kita dapat membuat suatu mekanisme seperti berhubung kait dengan ramalan kemungkinan berlakunya bencana,” katanya disini hari ini.
Sebelum itu Fadilah telah merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Air Larian Hujan (SWaM) 2024 di Putrajaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








