Jenayah & Mahkamah

Lima mangsa sindiket penipuan kerja Thailand selamat dibawa pulang

SEPANG – Lima mangsa sindiket penipuan kerja terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan yang terperangkap di Thailand selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Mereka yang berjaya dibawa pulang, Nur Fitriani Abdullah (19, Muhammad Nur Kamal bin Hamsan (19), Kamil bin Abd Hamid (25), Lee Zhe Cong (26) dan Adam Iskandar bin Tukiman (20).

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, operasi menyelamatkan mangsa yang telah terperangkap di negara berkenaan selama lebih empat bulan berjalan dengan lancar selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand pada 9 Februari lalu.

“Dengan lawatan Perdana Menteri ke Thailand pada 9 Februari lalu, telah memudahkan misi ini di negara Thailand dan hasilnya kami telah mengesan dan menyelamatkan lima orang mangsa.

“Sindiket-sindiket ini kita dapat kesan dua sindiket yang mendalangi di Malaysia dan juga pihak Thailand mereka pun sedang cuba untuk mengesan sindiket di Thailand kerana tanpa kerjasama sindiket ini tidak mungkin rakyat Malaysia boleh dibawa ke sana.

“Sindiket di Malaysia memang ada lesen, dan mereka merekrut mereka yang mahu berkerja di luar negara dan mereka yang mahu berkerja di dalam negara. Jadi mereka bertopengkan benda ini.

“Kita akan bagi maklumat berkenaan isu ini kepada Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Tenaga Rakyat dan Kementerian Buruh,” jelasnya.

Tambah Abdul Jalil, beliau memberi amaran kepada kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil kesempatan atas kesempitan yang dialami oleh keluarga mangsa.

“Kita mahu memberi amaran kepada NGO yang cuba mengambil peluang atas kesempitan apabila anak-anak mereka yang berada di luar negara. Mereka telah mencuba untuk mengambil keuntungan.Ini kita akan siasat.

“Bagi NGO yang membantu pula, kami amat berterima kasih kerana maklumat-maklumat ini telah membantu kami dan pihak berkuasa Thailand dalam mengesan mangsa-mangsa penipuan,” katanya.0

Show More

Related Articles

Back to top button