BERITA SEMASA

Ewon sampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi IKMa dan INSKEN yang baharu

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Onn Abu Bakar dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang baharu, Mustaffa Kamil Ayub.

Turut disampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN Datuk Dr. Nayan Yambu @ Laurentius dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah INSKEN Datin Sabrina Ahmad.

Penyampaian watikah itu diadakan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan sambutan Hari Raya Aidilfitri KUSKOP, di Dewan Tun Razak Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan; Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Suriani Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Zamri Salleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan pemantauan), Noor Afifah Abdul Razak dan semua warga kerja serta agensi kementerian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button