
Mari beli lokal Mymall Ramadan rancakkan ekonomi digital
PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui kempen Mari Beli Lokal Ramadan Raya melalui platform digital tanpa caj MyMall.
Hampir 500 usahawan dijangka akan menyertai kempen kali ini yang menawarkan pelbagai produk dan disertai jenama – jenama terkenal seperti Lima Waktu, Bulan Bintang, Shaya Habib, Prima Valet, Bunga, Nur Aisyah, Ola Oli, V3, SKNN, Qi Rahman dan Agarbomb.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Kempen Mari Beli Lokal Ramadan dan Raya ini bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan keluaran usahawan micro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui platform MyMall bagi membantu proses pendigitalan PMKS dan koperasi di Malaysia.
“Usahawan dan koperasi ingin mengembangkan perniagaan mereka dijemput menyertai platfrom MyMall dan bagi pengguna boleh mendapatkan kelengkapan ramadan dan raya seperti makanan, pakaian dan pelbagai keperluan boleh memuat turun aplikasi MyMall atau ke www.mymallmalaysia.my,” katanya dalam satu siaran media hari ini.
Sementara itu di majlis berasingan Ketua Setiausaha Datuk Seri Suriani Ahmad, merasmikan kempen Mari Beli Lokal Ramadan dan Raya 2024 dan bersama seluruh warga dan agensi dibawah KUSKOP untuk berbuka puasa bersama hari ini.

Tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik, Suriani turut menyerahkan sumbangan zakat dan Hari Raya sebanyak RM10,000 ringgit bagi pihak UDA Holdings Berhad salah sebuah agensi KUSKOP sumbangan kepada anak-anak Rumah Bakti Al Kausar, Bandar Baru Bangi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








