BERITA SEMASA

Malaysia pengerusi ASEAN tahun depan, perkasa ekonomi digital

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi ASEAN mulai tahun hadapan bagi mengukuhkan suasana ekonomi digital di rantau ini.

Pengarah Integrasi Pasaran ASEAN, Hazremi Hamid berkata, pertumbuhan disasarkan adalah sebanyak 6.5 peratus daripada keadaan ekonomi pada masa kini.

Bagi mencapai sasaran itu, kata Hazremi, satu rangka kerja ekonomi digital yang merangkumi negara ASEAN sedang dirangka, dan kini berada pada fasa rundingan akhir.

“Antara faedah utama daripada rangka kerja itu adalah untuk negara-negara yang sedang pesat membangun seperti Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam (CLMV).

“Pada masa yang sama ia akan memberikan ekonomi yang lebih maju untuk negara seperti Malaysia dan Singapura,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas menjadi panelis dalam Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 bertempat di The St. Regis, Kuala Lumpur.

Katanya, rangka kerja tersebut akan dapat meningkatkan nilai ekonomi Malaysia dalam kalangan negara-negara Asean.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa pengaruh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan memperlihatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Malaysia memberikan yang terbaik dalam meningkatkan daya saing, seterusnya ke arah menjadi negara maju.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button