Jenayah & Mahkamah

Penuntut kolej mengaku bersalah rogol rakan dalam surau, pondok

MUAR – Seorang penuntut kolej mengaku bersalah atas kesalahan merogol rakan bawah umur yang dikenali melalui media sosial sejak Mac dan April lalu.

Tertuduh, Muhammad A’azib Darwish Rosli, 19, membuat pengakuan tersebut sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Hakim, Abu Bakar Manat.

Menurut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah surau dalam daerah ini pada Mac lalu.

Pertuduhan ketiga pula menyatakan bahawa perbuatan yang sama sekali lagi diulangi di sebuah pondok pada jam 5.30 petang, 20 April lalu.

Susulan itu, Mahkamah Sesyen, di sini, menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan untuk setiap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Mahkamah memutuskan kesemua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap, semalam.

Terdahulu, tertuduh yang baru sebulan memasuki kolej dikatakan mengenali mangsa melalui aplikasi di media sosial sebelum mula berhubung dan memutuskan untuk keluar bersama-sama dengan mangsa.

Pada 26 April lalu, ibu mangsa bertanyakan padanya selepas dia didapati tidak pulang ke rumah sebelum kejadian itu berlaku.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar di mana pemeriksaan mendapati wujud kesan dirogol, lapor BH Online.

Show More

Related Articles

Back to top button