Jenayah & Mahkamah

Polis tahan seorang lelaki disyaki simbah asid ke arah Faisal Halim

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki terbabit dalam kes simbahan asid ke arah pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli belah di Damansara, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 20-an dan akan mendapatkan perintah reman hari ini, lapor BH Online.

“Kita telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal). Kita akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih dalam siasatan'” katanya ketika dihubungi BH Online.

Terdahulu media melaporkan, Faisal Halim diserang individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid.

Show More

Related Articles

Back to top button