BERITA SEMASA

TMJ kutuk serangan terhadap Faisal Halim, Akhyar Rashid

KUALA LUMPUR – Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengutuk insiden serangan yang berlaku kepada pemain bola sepak negara, Faisal Halim dan Akhyar Rashid.

“Saya mengecam kejadian baru-baru yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid, di mana keselamatan dan kesejahteraan mereka dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Semoga Polis Diraja Malaysia cepat bertindak dan menyiasat kes ini dan mengambil tindakan yang tegas,” titah baginda menerusi Instagram Story miliknya.

Sebelum ini, pemain pinjaman JDT, Akhyar Rashid, menjadi mangsa samun dan dipukul di sebuah apartmen di Kuala Terengganu.

Terbaharu, Faisal dsimbah asid dalam satu insiden petang tadi di sebuah pusat beli belah.

Keadaan Faisal kini stabil dan dirawat di sebuah hospital di Petaling Jaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button