Pergi tanya dia beramai-ramai apa yang dia maksudkan ‘dangerous’ – TMJ
KUALA LUMPUR – Tindakan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang enggan mendedahkan punca dia meletak jawatan kerana berasa amat berbahaya mendapat reaksi pantas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail turut mencabar supaya jurulatih kelahiran Korea Selatan itu menyebut secara terus terang maksud ‘bahaya’ yang telah mencetus pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Apa susah. Pergi tanya dia beramai ramai apa yang dia maksudkan ‘dangerous’.
“Penyokong, ahli politik dan pihak media, tanya dia apa maksud dia ‘dangerous’.
“Be more specific. Takut kena tembak? takut kena kidnapped? Kena sepak? Be direct!” kata Tunku Ismail.
Terdahulu, Pan-gon mengumumkan peletakan jawatannya selaku ketu jurulatih Harimau Malaya hari ini.
Dalam sidang medianya itu, dia berkata sudah memaklumkan setiap perkara kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum meletakkan jawatannya.
Bagaimanapun, menurut Pan-gon, dia tidak boleh mendedahkan butiran itu dalam sidang media berkenaan kerana ‘very dangerous’ (amat berbahaya).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






