SUKANBERITA SEMASA

Piala Thomas: Malaysia mara ke separuh akhir tewaskan Jepun 3-1

CHENGDU – Pasangan beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya menghadiahkan mata kemenangan buat negara untuk melangkah ke separuh akhir Piala Thomas.

Mereka berjaya menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dengan keputusan 21-18, 21-15 dan 21-12, walaupun kalah pada set pertama tetapi bangkit mengecapi kemenangan dua set berturut-turut.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin akhirnya dapat menewaskan pasangan Jepun Koga-Saito itu buat pertama kali dalam empat pertemuan.

Dalam pada itu, Malaysia berjaya kembali semula di  separuh akhir Piala Thomas sejak kali terakhir layak di pusingan itu pada 2016.

Malaysia kini berpeluang untuk mendapatkan sebarang pingat pada edisi Piala Thomas kali ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button