
Piala Thomas: Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark, namun mara ke suku akhir
CHENGDU – Malaysia tewas 2-3 di tangan Dernmark dalam aksi terakhir kumpulan D Piala Thomas apabila kesemua pemain perseorangan gagal mendapatkan sebarang mata perlawanan di sini, malam tadi.
Dalam perlawanan itu, dua beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani hanya menjadi penyumbang mata skuad negara apabila masing-masing menyumbang satu mata.
Perlawanan bermula dengan pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, menentang pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen yang mendominasi perlawanan untuk menang ‘straight set’ dengan skor set pertama 21-16, biarpun cuba bangkit pada set kedua namun, Axelsen berjaya mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 24-22.
Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memberikan kemenangan pertama Malaysia dengan meraih mata pertama dan menyamakan kedudukan 1-1 menewaskan bergu ranking keempat dunia Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Denmark kembali mendahului semula apabila Anders Antonsen menumpaskan Leong Jun Hao dengan skor 21-14, 21-10 untuk menyumbang mata kedua mereka.
Beregu kedua negara, Sze Fei-Nur Izzuddin, memberikan harapan Malaysia semula untuk meraih mata kedua pasukan kebangsaan, menjadikan kedudukan 2-2 apabila memberikan saingan sengit dengan menewaskan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 23-21, 22-20 untuk ke perlawanan penentuan.
Kini tiba giliran pemain perseorangan muda negara, Justin Hoh yang mampu memberikan saingan sengit kepada Rasmus Gemke, biarpun jurang ranking dunia yang besar dengan kedudukan ke-233 berjaya membuatkan Gemke bergelut selama 73 minit untuk menewaskan Justin dengan skor 13-21, 21-19, 13-21.
Dalam pada itu, ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Malaysia kepada Denmark dalam Piala Thomas, dengan kemenangan terakhir ke atas juara Eropah tersebut adalah pada suku akhir tahun 2014.
Malaysia sudah pasti mendapatkan tiket di suku akhir, tetapi gagal untuk mendapatkan tempat pertama dalam kumpulan D Piala Thomas.
Sementara itu, Malaysia memulakan kempen Piala Thomas 2024 dengan dua kemenangan 5-0 masing-masing menentang Hong Kong pada Sabtu dan Algeria pada Isnin yang lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








