SUKANBERITA SEMASA

Piala Thomas: Leong Jun Hao letak Malaysia kembali di depan

CHENGDU – Malaysia kembali di hadapan menerusi kemenangan ‘straight set’ Leong Jun Hao keatas Koki Watanabe, dengan keputusan 2-1 pada perlawanan ketiga.

Pemain perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao mempamerkan aksi yang dominan dengan skor kemenangan 21-13 dan 21-10 untuk meletakkan Malaysia kembali unggul di depan.

Jun Hao juga menjadikan rekod pertemuan peribadinya berdepan Koki dengan rekod tiga kemenangan berbalas satu.

Kini sedang berlangsung perlawanan beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani  berdepan   Akira Koga-Taichi Saito pada perlawanan penentuan bagi Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button