Politik

PKR Sabah cadang 3 langkah noktahkan miskin tegar

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Sabah mencadangkan tiga langkah khusus untuk menoktahkan masalah miskin tegar di negeri itu.

Menurutnya dalam satu kenyataan, antaranya ialah dengan memberikan tumpuan kepada program pembasmian kemiskinan supaya ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dapat dijayakan di Sabah.

“Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan usaha memberikan dokumentasi kepada rakyat dapat dilakukan secara telus yang tentunya melibatkan kerjasama yang strategik antara kerajaan persekutuan dan negeri serta agensi,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, pihaknya juga menggesa supaya kerjasama politik yang lebih erat antara parti-parti komponen perpaduan dapat diwujudkan dalam berhadapan pilihanraya negeri (PRN).

Katanya, langkah itu diambil supaya keadaan kestabilan politik dapat dikekalkan.

“PKR Sabah komited untuk memastikan bahawa suara rakyat Sabah didengari dan tindakan segera yang efektif dapat diambil untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh warga negeri ini.

“PKR Sabah juga menyambut baik jaminan Presiden yang akan memastikan bahawa Sabah akan terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan untuk memastikan rakyat dan warga negeri berterusan mendapat manfaat daripada nikmat pembangunan dan perpaduan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button