Berita Semasa

El Azman bakal ambil tindakan undang-undang selepas wanita tipu, menyamar jadi adiknya

BANGI – Pengasas jenama Elrah Exclusive, Mohd Hilmi Che Azman tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis susulan seorang individu dikatakan telah menyamar menjadi adik perempuannya.

Menurut pengasas pakaian baju Melayu berjenama itu, individu tersebut telah menjalankan kegiatan penipuan dengan menyamar sebagai adiknya.

Jelasnya, anggaran mangsa sindiket penipuan telah mencecah 40 hingga 50 orang mangsa terdiri dari negeri Kedah, Perak, Melaka dan Kelantan.

“Saya terkejut apabila ada orang mencuba untuk mengaku sebagai adik perempuan saya, sedangkan saya hanya mempunyai seorang adik lelaki. Saya mendapat tahu tentang sindiket ini yang cuba menyamar sebagai ahli keluarga saya, dan saya rasa bertanggungjawab untuk melapor polis,” katanya kepada media hari ini.

El berkata demikian selepas majlis berbuka puasa Elrah Exclusive bersama rakan media di Ketam Viral di sini pada malam semalam.

Related Articles

Katanya, modus operandi sindiket penipuan itu dengan berjumpa orang ramai di pusat beli belah dan mengaku sebagai adik El Azman serta meminta bayaran RM800 dengan menawarkan individu tersebut menjadi duta Elrah Exclusives bersama duta-duta artis yang lain.

Beliau memberitahu bahawa mangsa utama penipuan ini adalah pelajar lepasan SPM dari kawasan luar bandar yang telah dijanjikan peluang menjadi duta pakaian.

Jelasnya, mangsa telah diminta untuk melakukan bayaran wang pendahuluan bagi tujuan uji bakat.

“Banyak daripada mereka adalah pelajar lepasan SPM yang terjebak dengan tawaran menjadi model pakaian. Mereka diminta untuk membayar sejumlah wang sebelum menjalani ujian bakat. Hampir 50 orang sanggup membayar RM800 untuk peluang ini,”katanya.

Ujarnya, individu yang melakukan sindiket penipuan itu telah dikenal pasti dan jumlah wang yang dikutip dianggarkan mencecah RM200,000.

Show More

Related Articles

Back to top button