HIBURANBERITA SEMASA

Emak Bella tak dapat tahan sebak dengar kecurangan Aliff Aziz

KUALA LUMPUR – Luluh hati ibu melihat ketabahan anak menjawab persoalan media, ibu Bella Astillah menangis di tepi apabila satu demi satu pendedahan dibuat bagi memaklumkan kecurangan suaminya Aliff Aziz.

Zarinah juga dikenali Eina Astillah dilihat menemani anak sulungnya menjelaskan kontroversi serta beberapa pendedahan mengejutkan ramai.

Eina Astillah begitu sedih sehingga menangis teresak-esak apabila Bella mendedahkan kecurangan suami dengan adik kandungnya sendiri.

Menerusi satu video di media sosial, adik kepada Bella, Didi Astillah juga kelihatan sebak melihat keadaan kakak sulungnya yang dicurangi suami sebanyak 11 kali.

Eina Astillah, tidak pernah memuat naik sebarang kenyataan melibatkan rumah tangga anaknya dengan pelakon kelahiran Singapura itu walaupun berkali-kali kontroversi mereka tular.

Dia cuma pernah memuat naik satu perkongsian memberi pesanan meminta anaknya pulang ke pangkuan keluarga jika disakiti insan yang tidak menghargai.

Jelasnya, dia dan keluarga akan selalu berada di samping anak tersayang walau dalam keadaan susah mahupun senang.

Terdahulu, Bella Astillah telah membuat pendedahan mengejutkan apabila suaminya sudah curang sebanyak 11 kali termasuklah dengan selebriti terkenal, Ruhainies.

Dia juga mempunyai bukti setiap kecurangan tersebut termasuklah rakaman suara ibu Aliff Aziz yang mengaibkan dirinya sedangkan dia sangat menghormati wanita tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button