Berita SemasaLuar Negara

Malaysia, Jerman gesa gencatan senjata kekal di Gaza

BERLIN – Malaysia dan Jerman sepakat menggesa agar gencatan senjata secara kekal serta pembebasan tawanan dilaksanakan di Semenanjung Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusian disegerakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam satu sidang akhbar sempena lawatan rasmi Perdana Menteri selama enam hari ke Jerman hari ini.

“Kita mungkin berbeza pendapat, namun dalam isu peperangan di Gaza kita telah mencapai kata sepakat agar gencatan senjata dilakukan dengan segara bagi membolehkan bantuan kemanusian disalurkan kepada rakyat Palestin” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan mesyuarat dua hala bersama Scholz bagi membincangkan soal ekonomi, serta konflik di Gaza yang kini telah memasuki hari ke-158 sejak 7 Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Anwar mengakui, beliau bimbang terhadap apa yang berlaku pada 7 Oktober, namun menegaskan kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin sudah berlaku berdekad-dekad lamanya.

Menurut Scholz, Jerman yang juga sekutu Israel bersetuju dengan Malaysia bahawa gencatan senjata kekal perlu dilaksanakan di Gaza.

Jelas Canselor Jerman itu, mereka mengikuti rapat perkembangan perang di Gaza menerusi kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Arab yang lain.

Show More

Related Articles

Back to top button