Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Bergaduh minta alihkan kenderaan, lelaki mengaku bersalah, didenda RM700

SEPANG – Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan bergaduh di tempat awam dalam satu kejadian di Kampung Baru, Dengkil pada 17 Februari lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh iaitu Teo Chit Keong, 44, Thew Gan Lee, 60, didakwa melakukan gaduh gempar dan bertindak agresif antara satu sama lain di tempat awam.

Mereka didapati melakukan perkara itu di hadapan sebuah rumah di No. 9, Kampung Baru, Dengkil kira-kira pukul 10.15 malam.

Kedua tertuduh, Gan Lee mengaku bersalah manakala, Chit Keong tidak mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Pendakwaan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Muhammad Bukhori kemudian menetapkan Gan Lee didenda RM700 manakala, Chit Keong pula dijamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi dan sebutan semula kes pada 22 April depan.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan, seramai 14 individu ditahan selepas terbabit insiden pergaduhan pada 17 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kesemua suspek ditahan semalaman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Chit Keong yang juga pemandu lori cedera akibat dibelasah 30 individu selepas menegur jirannya untuk mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan keluar rumahnya.

Show More

Related Articles

Back to top button