Berita Semasa

Ismail Sabri kembali bergelar mahasiswa

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kembali bergelar mahasiswa selepas menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Bera itu menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya hari ini yang disertakan dengan gambar kad matrik UUM.

Menurut Ismail Sabri, 64, beliau tidak menyangka kembali bergelar mahasiswa walaupun di usia emas.

“Rasmi, hari ini saya jadi pelajar.

“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar,” katanya dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada netizen yang rata-rata memuji bekas Naib Presiden UMNO itu.

“Alhamdulillah. Satu contoh yang baik.

“Nanti boleh buat tugasan sama-sama,” kata pengguna Instagram bernama Fayesya.

Sebagai rekod, Ismail Sabri pernah melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan undang-undang sebelum menjadi peguam pada 1985.

Beliau kemudian menceburi arena politik dua tahun selepas itu.

Show More

Related Articles

Back to top button